Live Tutorial eKelas Tahun 6 (Sains dan Matematik)

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mac 2019 telah diadakan Live Tutorial eKelas Tahun 6 bagi subjek Sains dan Matematik. Bagi subjek Matematik, topik yang dipelajari ialah peratus. Pelajar diajar secara teori dan membuat latihan bagi menguji kefahaman mereka. Bagi subjek Sains, peserta mempelajari topik daya gerakan. Sesi pembelajaran selama 1 jam 20 minit ini memberi banyak input kepada para pelajar . Sesi pembelajaran juga menjadi lebih menyeronokkan kerana ianya diadakan secara interaktif dan sangat menarik !

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali