Live Tutorial eKelas Tahun 6 (Sains dan Matematik)

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2019 telah diadakan Live Tutorial eKelas Tahun 6 bagi subjek Sains dan Matematik. Pada sesi kali ini, peserta diajar cara menggunakan perisian eCikgu yang terkandung di dalam Portal eKelas Maxis. Menerusi eCikgu, para pelajar dapat melihat cikgu secara live tetapi cikgu tidak dapat melihat pelajar.

Namun, pelajar dan cikgu dapat berkomunikasi menggunakan fungsi live chat yang terkandung dalam eCikgu. Pelajar boleh bertanya soalan dan menyuarakan pendapat mereka melalui live chat tersebut. Sesi pembelajaran selama 1 jam 20 minit ini memberi banyak input kepada para pelajar . Sesi pembelajaran juga menjadi lebih menyeronokkan kerana ianya diadakan secara interaktif dan sangat menarik !

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali