Live Tutorial eKelas Tahun 6 (Sains)

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mac 2019 telah diadakan Live Tutorial eKelas Tahun 6 bagi subjek Sains. Pada sesi kali ini, peserta mempelajari tentang planet dan alam semesta. Bagi sesi praktikal, peserta perlu menghasilkan susunan planet serta jalur asteroid menggunakan tanah liat . Susunan yang dibuat mestilah betul dan menepati pembelajaran mereka. Melalui kelas ini, pelajar dapat menambah pengetahuan mengenai kewujudan dan susunan planet serta alam semesta. Sesi pembelajaran selama 40 minit ini memberi banyak input kepada para pelajar . Sesi pembelajaran juga menjadi lebih menyeronokkan kerana ianya diadakan secara interaktif dan sangat menarik !

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali