Exploring Interland

4 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mac 2019, satu aktiviti advokasi telah dijalankan bersama adik-adik berbangsa India daripada Legung Ulu . Adik-adik ini sudah beberapa kali menjalani aktiviti advokasi di PI Kota Pekan. Pada kali ini, mereka perlu melengkapkan misi “Interland” bagi menguji kefahaman mereka tentang keselamatan penggunaan internet. Permainan interaktif berbentuk pendidikan ini sangat menarik dan peserta dapat bersaing untuk mendapatkan skor tertinggi. Di akhir aktiviti ini, peserta dapat memahami konsep sebenar penggunaan internet dengan bijak dan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan di dalam internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali