Interactive Learning (Fun Typing)
26 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 25 Jun 2019, PI Kota Pekan telah bekerjasama dengan Tabika Kemas Kota Pekan untuk mengadakan Kelas Interactive Learning bertemakan Fun Typing. Melalui kelas ini, kanak-kanak tabika diajar untuk menggunakan keyboard dan mengenal fungsinya . Aplikasi abcya.com digunakan untuk aktiviti ini. Kanak – kanak tabika perlu mencari dan mengenal setiap huruf di keyboard. Aktiviti ini mebantu mereka untuk menaip dengan cekap . Pembelajaran yang interaktif ini sangat sesuai bagi kanak – kanak untuk menarik minat mereka menggunakan teknologi dalam pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: