Program Perkembangan Awal Remaja Klik Dengan Bijak

23 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2019, PI Kota Pekan telah mengadakan taklimat advokasi di SMK Undang Rembau. Taklimat ini melibatkan para pelajar perempuan tingkatan 1 hingga 3. Antara topik yang dibincangkan ialah Buli Siber, Online Grooming , Oversharing dan Sexting . Kesemua topik yang dibincang akan dikaitkan dengan media sosial kerana ia merupakan platform utama untuk para pelajar ini terdedah dengan bahaya alam maya.

Aktiviti seperti ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar tentang kebaikan dan keburukan penggunaan media sosial pada zaman sekarang. Taklimat ini turut diselitkan dengan aktiviti yang menarik dan juga Kuiz. Pelbagai hadiah yang menarik disediakan untuk para pelajar sepanjang program ini berlansung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali