Hari Kantin SK Kota

3 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 November 2019 yang lalu, Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan telah dijemput untuk menghadiri dan memasuki pertandingan yang dijalankan bersempena Hari Kantin SK Kota. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dijalankan seperti gubahan tuala, pertandingan mewarna, pertandingan Beyblade, pertunjukan motor berkuasa besar, pameran haiwan eksotik, rumah hantu, cabutan bertuah dan pelbagai jenis gerai jualan. Hari Kantin sekolah ini berlangsung dari pukul 9 pagi hingga pukul 4 petang. Aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan sillaturahim di antara Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan dengan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali