Kelas Fotografi
14 Disember 2019 | Aktiviti Terkini13 Disember 2019, Kelas Fotografi telah berlansung di Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan. Tujuan asal kelas ini adalah untuk menghasilkan gambar berukuran passport dengan sendiri. Peserta diajar cara untuk mengambil gambar dengan betul dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan kemudiannya cara untuk mengedit gambar mengikut saiz berukuran passport. Kelas seperti ini sangat bermanfaat dan peserta dapat menjimatkan masa dan kos untuk membuat gambar berukuran passport di kedai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: