Ms Power Point Class

4 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

3 Mac 2019, telah diadakan kelas secara personal bersama seorang pelajar lepasan SPM. Selain kelas secara berkumpulan, Pusat Interenet turut mengadakan Kelas secara personal bagi memberi keselesaan dan kefahaman yang lebih kepada peserta. Peserta kali ini merupakan pelajar lepasan SPM yang sangat komited mengikuti kelas di Pusat Ekonomi Digital secara berkala.

Kelas – kelas yang diikuti adalah sebagai persediaan untuk beliau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kelas pada kali ini adalah berkaitan penggunaan Ms Power Point. Pada mulanya, peserta diajar secara teori tentang fungsi Ms Power Point. Seterusnya sesi praktikal memerlukan peserta menghasilkan slide pembentangan menggunakan Power Point. Tema yang diberikan ialah Negeri Sembilan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali