Jom Kenali Serangga bersama Tabika Kemas Kota Pekan

19 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2019 telah berlansung aktiviti kolaborasi bersama Tabika Kemas Kota Pekan. Tema untuk aktiviti kali ini ialah Serangga. Kanak – kanak diberi pendedahan kepada jenis-jenis serangga , habitat serta ciri-ciri yang ada padanya. Aktiviti pembelajaran diadakan secara interaktif menggunakan video dan slide power point.

Di akhir aktiviti, kanak-kanak diberi tugasan untuk mewarna dan mencari padanan bagi gambar serangga yang diberikan. Pembelajaran secara interaktif ini dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan berinteraksi bersama rakan-rakan lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali