Kelas Animasi Scratch 2.0

21 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2019, Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan telah mengadakan Kelas Animasi Scratch. Kelas ini terbuka kepada para pelajar sekolah rendah terutamanya pelajar Tahun 6 yang telah tamat peperiksaan UPSR. Pelajar diajar menggunakan aplikasi Scratch 2.0 .Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang pernah dijalankan sebelum ini.

Pelajar diajar lebih mendalam mengenai Scratch dan cara mencipta cerita yang menarik menggunakan Scratch. Kemudian sesi praktikal turut diadakan sambil pelajar mengikut arahan daripada staff PI. Di akhir kelas ini pelajar dapat menghasilkan animasi kartun dan pergerakan yang sangat menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali