Fun Learning with Tabika Kemas Btg Nyamor

5 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

4 Mac 2020, telah berlansung aktiviti Fun Learning bersama Tabika Kemas Batang Nyamor. Aktiviti ini adalah bagi menggalakkan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif untuk kanak-kanak. Tema yang digunakan adalah mengikut pembelajaran di Tabika iaitu Hobi. Di Pusat Ekonomi Digital , kanak – kanak diperkenalkan dengan hobi yang ada dengan menggunakan slide pembentangan dan gambar yang menarik. Aktiviti ini dapat meningkatkan daya pemikiran dan kreativiti mereka. Di akhir sesi, peserta menyanyikan lagu berkaitan tajuk secara beramai-ramai sambil menonton video interaktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali