Website Learning (KDB)

15 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2020, telah berlansung sesi Website Learning Klik Dengan Bijak di Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan. Sesi ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai keselamatan penggunaan internet. Peserta diperkenalkan dengan laman web Klik Dengan Bijak MCMC . Melalui portal Klik Dengan Bijak ini, perbincangan bersama telah diadakan berkaitan isu semasa dan keselamatan penggunaan internet terutamanya kepada remaja. Kelas ini dapat memupuk rasa tanggungjawab kepada peserta untuk menggunakan internet secara berhemah .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali