Taklimat Advokasi KKTMR
3 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 2 Januari 2020, Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan telah berkolaborasi dengan beberapa Pusat Ekonomi Digital lain dan mengadakan taklimat advokasi di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau. Beberapa topik penting telah dibentangkan pada taklimat kali ini iaitu Buli Siber, Online Grooming, Sexting dan Internet Security. Selain daripada taklimat, beberapa aktiviti permainan dan kuiz turut diadakan untuk menguji kefahaman dan kreativiti para peserta. Program ini telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang peserta yang merupakan pelajar baru di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: