Kelas eWaste
13 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2020, Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan telah mengadakan kelas eWaste bagi memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan melupuskan sisa elektronik dengan betul. Peserta diperkenalkan dengan peranti yang boleh dimasukkan di dalam tong eWaste dan kesan sekiranya peranti ini tidak dilupuskan dengan betul. Bagi menguji kefahaman peserta, mereka telah menjawab kuiz menggunakan aplikasi Quizziz setelah tamat sesi pembelajaran.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: