Kelas Power Point

13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2020, Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan telah mengadakan kelas Power Point bagi para pelajar sekolah rendah dan menengah. Mereka diajar untuk menggunakan tools yang ada di dalam Power Point untuk menghasilkan Peta Minda. Sebelum sesi ini bermula, Peserta telah mengikuti Sesi Pembelajaran eWaste. Kesinambungan daripada itu, mereka perlu menghasilkan peta minda bertemakan eWaste dengan hanya menggunakan 1 slide Power Point. Kesemua peserta dapat menghasilkan Peta Minda yang lengkap dan menepati tema.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali