Kelas Microsoft Word (Resume)

19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai yang lalu, staff Pusat Ekonomi Digital telah membantu seorang peserta untuk menghasilkan resume bagi pencarian kerja beliau. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 4.00 petang sehingga pukul 6.00 petang. Kelas ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta dalam ICT. Sesi pembelajaran bermula dengan pengenalan Microsoft Word serta fungsi yang terdapat di dalamnya. Peserta cuba menggunakan setiap fungsi yang terdapat didalam Microsoft Word dan beliau dapat menghasilkan resume yang lengkap dengan bantuan staff Pusat Ekonomi Digital . Melalui kelas ini, beliau juga dapat meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali