Basic Shopee Class

4 November 2020 | Aktiviti Terkini

3 November 2020, Basic Shopee Class telah berlansung di PI Kota Pekan. Seiring dengan pematuhan SOP bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) , sesi ini hanya dihadiri seorang peserta. Kelas ini membantu peserta untuk menggunakan aplikasi Shopee di telefon pintar. Peserta belajar untuk mendaftar di aplikasi tersebut dan cara menggunakannya. Sesi ini dapat memudahkan peserta untuk membeli barang di atas talian dan mengurangkan pergerakan di luar selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan. Di akhir sesi, peserta dapat membeli sendiri barang keperluan dan hanya perlu menunggu barang sampai di rumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali