Kelas Microsoft Word (Surat Rasmi)

17 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai yang lalu, telah berlangsung kelas Microsoft Word untuk menghasilkan surat rasmi. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word. Kelas ini berlangsung pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Kelas bermula dengan pengenalan fungsi yang terdapat didalam Microsoft Word seperti menukar jenis tulisan, memasukkan gambar dan cara mengecil dan membesarkan tulisan. Selepas itu, peserta melihat contoh dan cara menghasilkan surat rasmi menggunakan Google. Peserta menghasilkan surat rasmi menggunakan Microsoft Word dengan bantuan daripada staff Pusat Ekonomi Digital . Kelas ini dapat meningkatkan pengetahuan peserta dalam menggunakan Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali