Kelas Usahawan dan eCommerce

18 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2020, Kelas Usahwan dan eCommerce telah berlansung di PI Kota Pekan. Seiring dengan pematuhan SOP bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) , sesi ini hanya dihadiri seorang peserta. Peserta adalah merupakan usahwan Pusat Ekonomi Digital . Kelas ini membimbing peserta untuk menghasilkan akaun perbankan secara atas talian.

Peserta diajar cara untuk mendaftar, melakukan transaksi dan beberapa fungsi lain aplikasi perbankan atas talian. Kelas ini memudahkan peserta untuk menjalankan perniagaan terutamanya yang melibatkan transaksi wang. Peserta turut diberi nasihat supaya berwaspada atas setiap transaksi yang dilakukan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan kewangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali