Kelas Asas Ms Word
14 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 13 November 2021, telah berlansung Kelas Asas MS Word di PIK Kota Pekan. Kelas ini melibatkan seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim, Gadong. Kelas ini merupakan kelas pertama yang mana ianya akan diadakan secara berkala selepas ini . Melalui kelas ini, peserta diajar cara menggunakan Ms Word dan fungsi – fungsi yang ada di dalam Ms Word. Di akhir kelas, peserta dapat menyiapkan satu surat rasmi yang lengkap dengan bantuan staff PIK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: