Kelas Usahawan Shopee

7 November 2021 | Aktiviti Terkini

6 November 2021, telah berlansung sesi bersama usahawan PIK Kota Pekan di mana sesi ini memfokuskan kepada penggunaan aplikasi Shopee. Usahawan dibimbing cara untuk memasarkan produk di shopee hanya dengan menggunakan aplikasi shopee di telefon pintar. Selain itu, usahawan turut didedahkan dengan cara-cara menguruskan pesanan dengan betul di aplikasi tersebut. Melalui kelas ini, ianya dapat mengembangkan perniagaan di samping meningkatkan pendapatan usahawan di masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali