Program Advokasi KafeTeen bersama PIK

17 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

16 Oktober 2021, telah berlangsung Program Advokasi KafeTeen bersama PIK di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kota Pekan. Program ini adalah anjuran LPPKN Negeri Sembilan dan diadakan secara atas talian. Sasaran program ini ialah remaja berumur 13 hingga 24 tahun. Beberapa orang peserta telah datang ke PIK untuk menghadiri sesi ini dan ada juga yang mengikuti secara atas talian di rumah masing-masing. Pengisian program ini adalah berkaitan dengan permasalahan para remaja serta cara mengatasinya. Selain itu terdapat juga sesi bertajuk “Do you speak English” bersama tetamu jemputan untuk meningkatkan keyakinan peserta berbahasa inggeris. Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dan berkenalan dengan peserta dari PIK lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali