Sembang KDB Informasi Gejala dan Vaksin Covid 19

23 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mei 2021, PIK Kota Pekan telah berkolaborasi bersama PIK Btg Melaka untuk mengadakan sesi Live Sembang KDB di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital . Sesi ini diadakan secara santai melibatkan perbincangan mengenai informasi gejala dan vaksin covid 19. Pelbagai isu semasa dan panduan diberikan kepada pengguna melalui sesi ini. Penonton boleh menonton sesi Live ini di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital dan juga boleh berkomunikasi dan bertanya soalan ketika sesi Live ini berlansung. Ini merupakan salah satu inisiatif Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan untuk memberi kesedaran dan informasi kepada komuniti walaupun tidak dapat menjalankan aktiviti secara fizikal. Sesi ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan bukan sahaja daripada komuniti setempat, malah turut memberi impak kepada komuniti luar yang turut sama menonton Live ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali