Program Advokasi KafeTeen bersama PIK

28 November 2021 | Aktiviti Terkini

27 November 2021, telah berlangsung Program Advokasi KafeTeen bersama PIK di Pusat Internet Komuniti Kota Pekan. Program ini adalah anjuran LPPKN Negeri Sembilan dan diadakan secara atas talian. Sasaran program ini ialah remaja berumur 13 hingga 24 tahun. Beberapa orang peserta telah datang ke PIK untuk menghadiri sesi ini dan ada juga yang mengikuti secara atas talian di rumah masing-masing. Pengisian program ini adalah berkaitan dengan permasalahan para remaja serta cara mengatasinya. Tajuk pada sesi kali ini ialah Tingkah Laku yang Membawa Kepada Risiko Kehamilan. Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dan bertukar pendapat dengan peserta yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali