Live Interland Game

22 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

21 Ogos 2021, PIK Kota Pekan telah bekerjasama dengan PIK Btg Melaka untuk mengadakan Live di Facebook Page. Live kali ini, Pusat Ekonomi Digital berkongsi salah satu permainan interaktif yang berkaitan dengan keselamatan internet. Permainan ini ialah Interland yang dicipta oleh Google sendiri. Melalui permainan interaktif ini, penonton dapat belajar untuk bermain sambil meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang keselamatan dan privasi di dalam internet. Inisiatif ini membolehkan Pusat Ekonomi Digital Komuniti memberi kesedaran tentang ICT kepada komuniti setempat walaupun tidak boleh mengadakan program advokasi secara fizikal. Sesi ini diadakan secara santai dan Live di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali