Program Advokasi KafeTeen@PIK

26 September 2021 | Aktiviti Terkini

25 September 2021, telah berlangsung Program Advokasi KafeTeen@PIK di Pusat Ekonomi Digital Komuniti Kota Pekan. Program ini adalah anjuran LPPKN Negeri Sembilan dan diadakan secara atas talian. Sasaran program ini ialah remaja berumur 13 hingga 24 tahun. Beberapa orang peserta telah datang ke PIK untuk menghadiri sesi ini dan ada juga yang mengikuti secara atas talian di rumah masing-masing. Pengisian program ini adalah berkaitan dengan permasalahan para Remaja serta cara mengatasinya. Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dan berkenalan dengan peserta dari PIK lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali