Online Banking Guide MyBSN

15 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2021, Staff PIK Kota Pekan telah membantu peserta daripada komuniti setempat untuk menggunakan perbankan internet. Peserta baru sahaja membuka akaun bank tersebut dan perlu mendaftar untuk perbankan internet bagi memudahkan transaksi dilakukan. Dalam sesi ini, staff PIK membantu peserta untuk mendaftar dan mengajar cara-cara melakukan transaksi menggunakan perbankan online tersebut. Sesi ini dapat memudahkan peserta di samping dapat menjimatkan masa untuk melakukan transaksi duit atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali