Permohonan iCitra

17 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Julai 2021, staff PIK Kota Pekan telah membantu seorang pelanggan untuk membuat permohonan online iCitra. Sesi ini hanya dilakukan secara online memandangkan Pusat Ekonomi Digital masih lagi tidak beroperasi di dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 1. Peserta dibantu bagi memohon pengeluaran duit KWSP di bawah program iCitra yang baru sahaja diumumkan. Ini dapat membantu memudahkan urusan peserta dan mengurangkan pergerakan bagi mematuhi SOP . Sesi ini diadakan sepenuhnya secara atas talian melalui aplikasi Whatsapp .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali