Sesi Penerangan dan Pengenalan Travel360.Club

16 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2021, PIK Kota Pekan telah terpilih untuk menyertai sesi penerangan dan pengenalan bagi aplikasi Travel360.Club. Beberapa orang usahawan daripada PIK Kota Pekan telah menyertai sesi ini pada jam 2.00 petang secara atas talian. Travel360.Club merupakan salah satu aplikasi pelancongan yang akan memaparkan tempat-tempat menarik serta produk tempatan sebagai salah satu tarikan kepada para pelancong. Aplikasi ini akan membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan mereka dengan mempromosikan perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali