Quizziz Merdeka 2.0

19 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Ogos 2022, telah berlansung sesi perkongsian berkaitan bulan kemerdekaan di PEDi Kota Pekan. Peserta adalah di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Undang Haji Adnan. Sesi ini bermula dengan perkongsian berkenaan sejarah negara seperti penciptaan Jalur Gemilang, penubuhan Malaysia dan Sejarah Kemerdekaan Malaysia. Selepas itu, sesi kuiz diadakan menggunakan aplikasi interaktif Quizziz. Sesi kuiz ini dapat meningkatkan kefahaman peserta dan menambah pengetahuan am. Sesi bergambar bersama Jalur Gemilang turut diadakan sebagai simbolik menyambut hari kemerdekaan pada tahun ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali