Fun Learning with Tabika Kemas-Introduction to Computer

25 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2022, PEDi Kota Pekan telah bekerjasama dengan Tabika Kemas Kota Pekan bagi menjalankan aktiviti Fun Learning bersama kanak – kanak Tabika. Ini merupakan sesi pertama bagi tahun 2022 dan akan diadakan secara berkala. Peserta adalah dalam kalangan kanak-kanak Tabika Kemas Kota Pekan yang berumur 4 hingga 6 tahun. Untuk sesi ini, peserta diperkenalkan dengan PEDi dan fungsi PEDi untuk komuniti. Selepas itu, peserta diberi pendedahan tentang perkakasan komputer dan fungsinya. Sesi ini diadakan secara interaktif dengan pembentangan slide serta video untuk menarik minat mereka. Di akhir sesi, kesemua kanak-kanak Tabika dapat mengenali perkakasan komputer seperti keyboard, mouse dan banyak lagi serta turut mengetahui fungsi-fungsinya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali