Kelas Microsoft Word

25 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2022, telah berlansung kelas Microsoft Word secara personal bersama Puan Ramizah. Kelas ini adalah kelas secara berkala yang diadakan bagi membantu Puan Ramizah untuk mahir menggunakan perisian Microsoft Word. Untuk sesi kali ini, beliau diajar untuk menghasilkan surat rasmi dengan betul. Beliau turut belajar untuk menghasilkan kotak dan jadual serta memuat naik gambar ke dalam Microsoft Word. Di akhir sesi, beliau diberi masa untuk “self-explore” dan bertanya soalan sekiranya ada kekeliruan berkaitan pembelajaran yang dijalankan. Ini merupakan sesi terakhir bagi perisian Microsoft Word . Peserta juga sudah mahir dan boleh menggunakan Ms Word tanpa bantuan staff PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali