Program Usahawan dan Taklimat KDB

14 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Mac 2022, telah berlansung Program Usahawan di PEDi Btg Melaka. Untuk program ini, PEDi Kota Pekan dijemput untuk memberikan Taklimat Klik Dengan Bijak kepada para usahawan. Tajuk yang dikongsi adalah berkaitan Keselamatan Penggunaan Komputer dan Cara Menghasilkan Kata Laluan yang betul dan selamat. Sesi ini dapat memberi kesedaran kepada para peserta berkaitan kepentingan mempunyai kata laluan yang selamat terutamanya bagi transaksi kewangan yang dilakukan secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali