Gmail on Mobile Phone

16 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

15 Mac 2022, Staff PEDi Kota Pekan telah membantu seorang peniaga untuk menggunakan akaun Gmail di dalam telefon pintar . Peserta tersebut diajar cara untuk menghantar emel, menerima email dan menguruskan emel-emel yang diterima. Beliau turut diperkenalkan dengan fungsi – fungsi lain di dalam Gmail seperti menghapuskan email yang tidak penting , memindahkan emel ke fail baru dan banyak lagi. Sesi ini dapat membantu peserta menyusun emel dengan lebih sistematik dan memudahkan urusan perniagaan beliau terutamanya yang melibatkan urusan rasmi yang memerlukan penggunaan emel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali