Sharing Session bersama Usahawan Madu Kelulut

14 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

13 Februari 2022, PEDi Kota Pekan telah melakukan lawatan ke Pusat Ternakan Lebah Madu Kelulut Bukit Cengkih yang terletak di Astana Raja, Kota. Pusat Ternakan ini diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Mohd Zaki bin Hj Lasim dan Puan Rozinah bt Abu Bakar. Terdapat pelbagai jenis lebah kelulut yang diternak di sini. Staff PEDi Kota Pekan turut berkongsi berkaitan program – program usahawan dan medium jualan online yang boleh digunakan kepada usahawan ini . PEDi Kota Pekan turut menjadikan Encik Mohd Zaki sebagai salah seorang usahawan PEDi dan akan dibantu dari segi marketing media sosial serta perkongsian maklumat berkaitan perniagaan atas talian serta bantuan yang boleh dimohon.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali