Kemaskini Bantuan

25 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Sepanjang bulan Januari 2022 , Staff PEDi Kota Pekan telah membantu penduduk setempat untuk membuat kemaskini bagi Bantuan yang dijadualkan akan diterima pada Mac 2022 . Perkhidmatan ini dapat memudahkan komuniti setempat yang ingin membuat kemaskini maklumat di dalam sistem tersebut tanpa perlu pergi ke cawangan LHDN. Staff PEDi turut menawarkan perkhidmatan kemas kini secara atas talian tanpa perlu bersemuka bagi memudahkan mereka yang mempunyai kekangan untuk datang terus ke PEDi Kota Pekan. Sesi kemaskini ini berakhir pada 31 Januari 2022.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali