Trivia Merdeka bersama PEDi

20 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2022, PEDi Kota Pekan telah berkolaborasi bersama PEDi Btg Melaka untuk mengadakan sesi Live di Facebook Page PEDi. Live tersebut bertajuk Trivia Merdeka bersama PEDi sempena Bulan Kemerdekaan pada tahun ini. Ini merupakan kesinambungan daripada sesi live yang diadakan sebelum ini. Info-info penting berkaitan Sejarah Negara, Penggunaan Bendera dengan Betul dan Akta berkaitan penyalahgunaan simbol dan lambang kebesaran negara telah dikongsi ketika sesi live ini. Sesi ini dapat meningkatkan pengetahuan para penonton dan meningkatkan semangat patriotik dalam diri mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali