Fun Learning with Tabika Kemas Kota Pekan

2 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 1 September 2022, PEDi Kota Pekan telah bekerjasama dengan Tabika Kemas Kota Pekan untuk mengadakan sesi pembelajaran interaktif bersama murid-murid Tabika. Sempena bulan kemerdekaan, sesi ini dimulakan dengan penerangan serta pendedahan semua Bendera Negeri dalam Malaysia . Selepas itu, aktiviti mewarna bunga kebangsaan Malaysia diadakan . Nyanyian lagu patriotik dan laungan kemerdekaan turut dibuat bagi meningkatkan semangat patriotik murid-murid tersebut. Kesemua sesi dijalankan secara interaktif menggunakan tekonologi untuk menarik minat murid-murid untuk belajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali