Fun Learning with Tabika Kemas Kota Pekan bertemakan Maulidur Rasul

8 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Oktober 2022, PEDi Kota Pekan telah bekerjasama bersama Tabika Kemas Kota Pekan untuk mengadakan pembelajaran interaktif bertemakan Maulidur Rasul. Sesi pembelajaran ini dimulakan dengan sesi berkongsi ilmu pengetahuan mengenai salah silah Nabi Muhammad SAW dan sikap terpuji yang terdapat di dalam diri Nabi Muhammad SAW. Peserta dapat meningkatkan lagi pengetahuan mengenai sambutan Maulidur Rasul. Selepas sesi pembelajaran, kami bersama-sama berselawat ke atas Nabi bagi meningkatkan lagi rasa sayang dan cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Kelas ini berakhir dengan pembelajaran interaktif menggunakan aplikasi abcya.com

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali