Penggunaan Google Doc
9 November 2022 | Aktiviti Terkini8 November 2022 , staff PEDi Kota Pekan telah membantu beberapa orang pelajar sekolah menengah untuk menggunakan Google Doc bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka. Penggunaan Google Doc sama seperti penggunaan Ms Word , tetapi para pelajar agak keliru berkaitan cara untuk “save” serta menghantar dokumen tersebut menggunakan emel mereka. Mereka diberi penerangan tentang fungsi dan cara yang betul menggunakan perisian tersebut . Selain itu, sesi ini juga dapat meningkatkan kemahiran pelajar menggunakan komputer serta penggunaan internet dengan betul dan selamat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: