Sambutan Hari Malaysia bersama Tabika KEMAS Batang Nyamor

16 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2022, telah berlansung Sambutan Hari Malaysia bersama Tabika KEMAS Btg Nyamor. Staff PEDi telah dijemput untuk menjadi juri bagi pertandingan Pakaian Beragam bertemakan Pekerjaan. Selain itu staff PEDi turut sama memeriahkan program sambutan ini yang penuh dengan aktiviti-aktiviti yang menarik daripada murid-murid Tabika. Program ini turut disertai oleh ibu bapa serta komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Nyanyian Lagu Patriotik, Peragaan pakaian beragam serta sambutan hari lahir murid-murid. Aktiviti sambutan seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara PEDi dengan komuniti setempat .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali