Pameran KDB sempena Program Merdeka @ Parlimen Rembau

12 September 2022 | Aktiviti Terkini

11 September 2022, Program Merdeka @ Parlimen Rembau telah diadakan di Balairaya Kg Sri Kendong. Program ini adalah anjuran Pejabat Penerangan Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau. PEDi Kota Pekan bersama PEDi lain di bawah Kluster Rembau telah dijemput untuk mengadakan Pameran Klik Dengan Bijak di program ini.

Aktiviti yang diadakan di booth pameran ialah penerangan berkaitan Kempen Klik Dengan Bijak , Kuiz Kemerdekaan dan Kuiz Klik Dengan Bijak. Penekanan turut diberikan untuk memberi penjelasan berkaitan isu scammer. Selain itu, staff PEDi turut memperkenalkan fungsi dan peranan PEDi kepada komuniti setempat. Aktiviti seperti ini dapat membantu PEDi menjalinkan hubungan baik dengan komuniti setempat serta agensi-agensi kerajaan dan NGO di sekitar Rembau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali