Pameran Klik Dengan Bijak sempena Karnival Sukan Desa Peringkat Daerah Rembau
18 September 2022 | Aktiviti Terkini17 September 2022, Karnival Sukan Desa Peringkat Daerah Rembau telah diadakan di Kg Semerbok, Kota. Karnival ini adalah anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Rembau. PEDi Kota Pekan telah dijemput untuk mengadakan pameran Klik Dengan Bijak pada karnival tersebut bersama-sama dengan agensi – agensi lain. Antara aktiviti yang diadakan di dalam booth pameran tersebut ialah penerangan mengenai kempen Klik Dengan Bijak terutamanya penggunaan internet dengan betul dan isu scammer.
Selain itu, kuiz kemerdekaan dan kuiz Klik Dengan Bijak turut dijalankan bagi menguji kefahaman serta menambah ilmu para pengunjung. Aktiviti pameran ini turut dapat memperkenalkan PEDi kepada komuniti terutamanya berkenaan fungsi dan peranaan PEDi kepada komuniti setempat. Melalui kolaborasi bersama seperti program ini, PEDi dapat menjalinkan hubungan yang baik bersama komuniti setempat serta agensi-agensi kerajaan dan NGO yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: