Pendaftaran Mobile Apps ASNB
13 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada 12 Jun 2022, PEDi staff telah membimbing salah seorang daripada komuniti setempat untuk mendaftar Aplikasi Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Pendaftaran hanya dilakukan secara atas talian menggunakan telefon pintar peserta. Ini bagi memudahkan peserta mengakses terus ke akaun ASNB beliau . Peserta turut diajar cara untuk menggunakan aplikasi tersebut terutamanya cara untuk menyemak baki dan menambah pelaburan yang sedia ada dan pelaburan baru.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: