Pendaftaran Online Banking MyBSN

13 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Jun 2022, PEDi telah membantu seorang daripada komuniti setempat untuk membuat pendaftaran perbankan online MyBSN. Pendaftaran ini boleh dilakukan secara atas talian dan hanya perlu menghubungi BSN bagi pengesahan dan pengaktifan akaun sahaja. Dengan adanya akaun MyBSN, peserta tidak perlu lagi ke bank untuk tujuan pemindahan duit ke akaun lain. Selain itu ia memudahkan peserta untuk melakukan transaksi bagi sebarang pembelian secara atas talian atau pembayaran bil. Sesi ini berlansung selama 1 jam di mana peserta turut diajar cara untuk menggunakan aplikasi MyBSN selepas membuat pendaftaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali