Guiding On e-Penyata Registration
21 Oktober 2022 | Aktiviti TerkiniPada 20 Oktober 2022, PEDi Kota Pekan telah membimbing beberapa orang Guru Tabika KEMAS untuk membuat pendaftaran di laman web e-Penyata. Sesi ini membantu mereka untuk meningkatkan kemahiran menggunakan computer di samping mahir menggunakan laman web e-Penyata bagi kegunaan masa akan datang. Selain itu, turut diselitkan beberapa input keselamatan internet berkaitan perkongsian data peribadi . Sesi ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada peserta untuk lebih berwaspada dengan maklumat peribadi di internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: