Kelas Asas Power Point dan Taklimat Advokasi Sebenarnya.MY @ Politeknik Merlimau

16 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September 2022, PEDi Kota Pekan bersama dengan PEDi Batang Melaka telah mendapat jemputan untuk mengadakan Kelas Asas Power Point dan Taklimat Advokasi Sebenarnya.My di Politeknik Merlimau . Peserta adalah seramai 70 orang pelajar semester 1, diploma perakaunan. Aktiviti ini dibahagikan kepada 2 sesi yang dibahagikan mengikut kelas. Untuk setiap sesi, aktiviti dimulakan dengan Taklimat Advokasi Sebenarnya.My.

Pelajar – pelajar diberi penerangan berkenaan laman web Sebenarnya.My yang dibangunkan oleh MCMC. Mereka turut diberi peluang untuk “self explore” laman web tersebut. Selepas itu, para pelajar mengikuti Kelas Asas Power Point. Mereka diperkenalkan dengan konsep asas power point, fungsi serta tools yang ada di dalam Ms Power Point. Di akhir sesi, peserta diberi peluang untuk menghasilkan slide masing-masing berpandukan input yang telah mereka pelajari dengan tema Rukun Negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali