Kelas Ms Word

18 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Jun 2022, PEDi Kota Pekan telah menjalankan sesi kelas secara personal untuk seorang komuniti setempat iaitu Puan Ramizah. Puan Ramizah merupakan seorang ibu tunggal dan ingin belajar menggunakan komputer bagi memudahkan beliau untuk mencari kerja. Sesi bersama Puan Ramizah akan dijalankan secara berkala bagi meningkatkan kemahiran beliau menggunakan komputer. Bagi sesi yang pertama, beliau diperkenalkan dengan perisian Microsoft Word . Beliau diajar cara untuk menaip dengan betul, menggunakan tools yang ada di dalam Ms Word dan cara untuk menghasilkan resume dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali