Kelas Ms Word (Kertas Kerja Perniagaan)
8 November 2022 | Aktiviti Terkini7 November 2022, staff PEDi serta sukarelawan MIV telah membantu beberapa orang pelajar tingkatan 5 untuk menggunakan Ms Word bagi menyiapkan Kertas Kerja Perniagaan mereka. Mereka diajar cara untuk memperkemaskan lagi kerja kursus mereka seperti “align paragraph”, format “spacing” yang betul serta cara untuk menghasilkan “table” dengan betul. Kebanyakan mereka sudah mempunyai asas serta mengetahui cara menggunakan Ms Word. Oleh itu, mereka didedahkan dengan fungsi lain Ms Word yang lebih “advance” . Di akhir sesi, peserta dapat menghasikan kerja kursus dengan mengikut format seperti yang ditetapkan dan dapat meningkatkan kemahiran menggunakan Ms Word.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: